Rancangan Pengajaran Makro
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : Dua
Tarikh : 20 Ogos 2011
Hari : Rabu
Masa : 0930-1000 (30 Minit)
Bilangan Murid : 23 orang
Tema : Keluarga Ceria
Tajuk : Saya Sayang Akan Mereka.
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama
8.1 Membina dan menulis perkataan,ayat tunggal,dan ayat majmuk.
Aras 1(i) Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan cantik.
Fokus Sampingan
8.1 Membina dan menulis perkataan ayat tunggal,dan ayat majmuk.
Aras 3 (ii) Menulis ayat majmuk dengan tulisan cantik.
Objektif : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran :
- 15 daripada 23 orang murid dapat menyusun dan membina ayat mudah.
- 16 daripada 23 murid dapat menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas.
- 18 daripada 23 orang murid dapat membina dan menulis ayat mudah.
Sistem Bahasa : : rangkaikata, kata adjektif
Tatabahasa
Kosa Kata
- gagah,
- cantik
- cergas,
- Keluarga
Pengisian Kurikulum
a) Penerapan Ilmu : Muzik,PSV,Matematik
b) Penerapan Nilai : Jujur, Hormat-menghormati, Kasih sayang dan Tolong-menolong Kesyukuran.
c) Kemahiran Nilai Tambah :
KB Menjana Idea
KP:Intrapersonal.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Gambar Keluarga
2. LCD
3. Komputer Riba
4. Lagu
Pengetahuan Sedia Ada :
- Murid-murid pernah melihat gambar keluarga.
Masa/Langkah | Isi Pengajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
Set Induksi 2 minit 0930-0935 |
| 1. Guru menayangkan senikata lagu melalui tayangan LCD. 2. Guru bertanya kepada murid-tentang kandungan lagu yang dimainkan dan mengarahkan murid menyanyi sambil beraksi. 4. Guru mengaitkannya dengan pelajaran pada hari ini. | Bahan Bantu Mengajar : 1. Komputer Riba 2. Lagu 3. LCD Kemahiran Berfikir : Murid-murid berfikir tentang nila[ baik yang terdapat dalam lagu tersebut. |
Langkah 1 6 minit | Guru menayangkan gambar keluarga. a. Bapa b. Ibu c. Abang d. kakak e. adik Tajuk :Saya Sayang Akan Mereka | 1. Guru bersoaljawab dengan murid tentang gambar keluarga yang ditayangkan. 2. Dalam masa yang sama, guru juga turut mengedarkan lampiran yang mengandungi gambar keluarga 3. Pelajar diminta menyusun 5 perkataan untuk membentuk ayat mudah 4. seorang murid dipilih untuk membaca ayat yang dibina dengan sebutan dan intonasi yang betul. | Bahan Bantu Mengajar : 1. Komputer Riba 2. LCD 3. Teks Bacaan Kajian Masa Depan : Murid-murid meramal apa yang berlaku di pengakhiran cerita tersebut. Objektif pertama. |
Langkah 2 5 minit | Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil. Murid diminta untuk melihat gambar keluarga dan menyebut perkataan yang ditunjukkan. | 1. Guru membahagikan murid-murid kepada 3 kumpulan kecil. Satu kumpulan mempunyai 6 orang ahli. 2. Guru menyuruh murid melihat gambar dan menyebut perkataan yang dibunyikan oleh guru. | Kecerdasan Interpersonal : Murid-murid dapat berbincang semasa mereka dan menerima pendapat antara satu sama lain. Gabungjalin : Kemahiran Bertutur Objektif kedua |
Langkah 3 8 minit | Pengajaran Kosa Kata :
Guru menayangkan perenggan dalam cerita tersebut yang ditulis menggunakan tulisan berangkai. | . 1.Guru mengajar murid-murid cara menulis dengan tulisan yang cantik setelah menunjukkan contoh yang berkaitan. 3. Murid-murid dikehendaki menulis ayat .menggunakan buku garis 3 | Bahan Bantu Mengajar : 1. Teks Tulisan Berangkai 2. Komputer Riba 3. LCD Objektif ketiga |
Langkah 4 8 minit | Guru menyuruh murid-murid menulis 5 ayat yang dipamerkan | 1. Murid-murid dikehendaki menulis didalam buku garis tiga berdasarkan contoh yang diberikan. 2. Tulisan hendaklah kemas dan menepati saiz dan teknik menulis yang betul. | Gabungjalin : Kemahiran Menulis |
Penutup 1 minit | Rumusan Pelajaran 1. Kita haruslah sentiasa ikhlas dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan 2. Sikap jujur dalam perhubungan akan membuatkan orang lain akan sentiasa mempercayai kita. 3. Jangan memungkiri janji kerana ianya akan membuatkan orang lain membenci kita. . | 1. Guru merumuskan pelajaran pada hari ini dengan mengaitkan dengan kehidupan manusia di sekeliling. | Penerapan Nilai : Nilai-nilai murni yang perlu ada dalam sesbuah keluarga. 1. Ikhlas 2. Jujur 3. Menepati janji 4.kasih sayang. |
Catatan Refleksi Guru :
REFLEKSI MAKROPENGAJARAN
1. Adakah objektif pengajaran saya dicapai?
Selepas menjalankan sesi pengajaran makro, pencapaian objektif telah tercapai dengan sepenuhnya. Ini berdasarkan hasil daripada semakan kerja murid. Saya mendapati 20 daripada 23 murid saya dapat menulis perkataan dengan betul dan kemas.
2. Adakah murid melibatkan diri secara produktif/aktif? Bagaimana saya tahu?
Sepanjang pengajaran makro yang dijalankan, saya dapati murid-murid melibatkan diri secara aktif. Ini berdasarkan penglibatan murid semasa soalan diajukan kepada mereka. Dari pemerhatian terdapat juga murid-murid yang berusaha untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktif penulisan. Mereka berusaha untuk menyiapkan latihan yang diberikan.
3. Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya? Mengapa?
Saya tidak bercadang untuk mengubah rancangan pengajaran saya .Apa yang perlu saya lakukan hanya perlu menambahbaik teknik pengajaran disamping mempelbagaikan bahan untuk latihan penulisan murid.
4. Apakah bantuan tambahan, sokongan, atau sumber lain yang dapat mempertingkatkan pelajaran ini?
Antara bantuan atau sumber lain yang perlu ialah penggunaan bahan-bahan interaktif dan bahan teknologi untuk tujuan membantu murid dalam mengenali teknik penulisan yang kemas dan betul.
5. Jika diberi peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan yang sama,apakah perbezaan yang saya buat secara berbeza? Mengapa?
Sekiranya saya berpeluang untuk mengajar semula kumpulan murid yang sama, saya akan menggunakan pendekatan masteri. Keadah ini diharap akan membantu pelajar tersebut secara peringkat demi peringkat bertujuan memperbaiki setiap kelemahan yang dihadapi oleh murid yang bermasalah.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………